BRITAIN – United Kingdon (UK) telah merekodkan jumlah harian tertinggi kes COVID-19 sejak wabak varian baharu Omicron mula merebak, demikian menurut pengesahan daripada makmal di UK.
Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA) Dr Jenny Harries berkata, peningkatan angka kes sebagai memberi amaran “mungkin ancaman paling ketara” sejak wabak itu mencatakan 78,610 kes baharu setakat 9 pagi semalam (Rabu).
Ia adalah angka tertinggi yang diumumkan sejak ujian besar-besaran bermula pada musim panas tahun lalu dan telah melepasi rekod sebelumnya pada 8 Januari apabila 68,053 kes baharu dilaporkan.
Susulan itu, Perdana Menteri Boris Johnson telah mengadakan sidang akhbar segera dari Downing Street semalam (Rabu).
Menurutnya, penggunaan mandatori sijil kesihatan COVID-19 telah diperkenalkan untuk menunjukkan vaksinasi atau ujian negatif adalah perlu bagi kemasukan ke tempat besar di England.
Pemakaian pelitup muka (facemask) adalah wajib dan panduan bekerja dari rumah (Work From Home) telah diperkenalkan semula di bawah Pelan B Kerajaan untuk menangani wabak varian baharu berkenaan.
Analisis mendedahkan varian Omicron kini menjadi ‘strain’ dominan di London.
Dalam pada masa yang sama, Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA) berkata, 4,671 lagi kes Omicron telah direkodkan, menjadikan jumlah kes yang disahkan di UK kepada 10,017 kes.
Tetapi agensi itu pada awal minggu ini menganggarkan bahawa jumlah sebenar jangkitan harian daripada strain yang pertama kali dikesan di Afrika Selatan adalah sekitar 200,000 kes.
Setiausaha Kesihatan Sajid Javid dalam satu kenyataannya berkata, pihaknya akan memastikan keseluruhan situasi dikaji.
Beliau juga enggan menolak prospek langkah baharu dalam beberapa minggu akan datang, tetapi menegaskan langkah yang sedang dilaksanakan “adalah yang betul” bagi menangani varian Omicron itu.