Penampang Masih Dinaiki Air

Penampang Masih Dinaiki Air

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Hujan lebat bermula 2 petang sehingga malam semalam membanjiri beberapa daerah di kawasan Pantai Barat negeri ini.

Beberapa jalan di kawasan perindustrian Kolombong, di sini, dinaiki air sekali gus membantut pergerakan kenderaan sehingga ianya reda pada kira-kira pukul 11 malam.

Namun setelah terbitnya matahari, kehidupan seharian beberapa penduduk di daerah Penampang masih terkesan.

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Sabah melaporkan jalan raya di Panglima Banting, Kolopis dan Penampang Proper masih dinaiki air.

“Kebanyakkan yang terkesan perumahan di tepi jalan raya,” kata seorang jurucakap agensi berkenaan.

Sepasukan lima agensi berkenaan sejak 10 malam semalam telah melakukan pemantauan keadaan paras air pada lokasi-lokasi tersebut menggunakan lori sehingga ke pagi ini.

Manakala bagi sekeluarga di Kampung Sugud yang lebih berwaspada ekoran bencana dilalui tahun lalu, ahli-ahli keluarga berkenaan telah membuat persiapan awal untuk berkumpul pada tingkat dua sebuah rumah di situ.

“Rasanya semakin tahun semakin tinggi paras air banjir…

“Tapi kami tidak mampu berbuat apa-apa, hanya menunggu sehingga air reda dan membuat kerja-kerja pembersihan,” kata seorang ahli.

Tahun lalu, sebuah peti ais terpaksa dikorbankan keluarga yang sama bagi menjadi sebuah bot untuk memindahkan kanak-kanak yang terperangkap di rumah satu tingkat.

Peti Ais Terpaksa Digunakan Untuk Selamatkan Kanak-Kanak Daripada Banjir

Difahamkan tanah berkenaan merupakan milik keluarga besar terkesan dan beberapa plot dijadikan kediaman anak-anak.