Maut Dipanah Petir Ketika Bermain Bola, Rakan OKU Dalam Keadaan Kritikal

Maut Dipanah Petir Ketika Bermain Bola, Rakan OKU Dalam Keadaan Kritikal

0
SHARE
Bomba
Pasukan Bomba Papar sedang mengangkat mangsa remaja lelaki yang dipanah petir ketika bermain bola di padang pekan Papar ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

PAPAR, SABAH – Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun maut dipanah petir apabila sedang bermain bola ketika hujan di sebuah padang di Pekan Papar, sini, kira-kira pukul 4 petang tadi.

Rakan sebayanya pula difahamkan seorang orang kurang upaya (OKU) yang sedang dirawat di Hospital Papar berada dalam keadaan kritikal.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah mengesahkan insiden berkenaan yang telah menjadi tular di media sosial.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan.

“Pasukan Bomba EMRS memberi rawatan awal pada mangsa yang cedera dan seterusnya menyerahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dihantar ke Hospital Papar,” katanya seorang jurucakap bagi agensi.

Mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis dan operasi ditamatkan pada 4.40 petang.