RANAU, SABAH – Majlis rumah terbuka Raya tahunan Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun akan diadakan pada Sabtu ini (29 April) di Dewan Masyarakat Ranau.
Masidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Karanaan menjemput semua orang ramai ke rumah terbuka yang bakal dilangsungkan dari 11 pagi hingga 2 petang.
“Saya amat berbesar hati menjemput orang ramai menghadiri rumah terbuka pada hari kesembilan Aidilfitri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Rumah terbuka Hari Raya adalah salah satu cara tahunan yang dianjurkan oleh Masidi untuk memupuk hubungan dengan penduduk tempatan semua kaum, agama dan ideologi politik.





