Willly Frous Dilantik Sebagai Ketua Pemuda GRS Kinabatangan

Willly Frous Dilantik Sebagai Ketua Pemuda GRS Kinabatangan

0
SHARE
Willy Frost (tengah) menerima pelantikan dari Masiung sambil disaksikan oleh Saddi (kiri)...

KINABATANGAN, SABAH – Bekas Ketua Komulakan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Willly Frous Darinsok diumumkan sebagai Ketua Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Bahagian Kinabatangan.

Beliau yang menjadi ahli bebas mesra GRS menerima watikah pelantikan dalam satu mesyuarat khas Jawatankuasa Penyelaras GRS di Restoran Doji, Telupid, dekat sini, pada Isnin.

Willy Frous, 37, mula berjinak dalam politik sejak berusia 24 tahun apabila diberi kepercayaan mengalas dua tugas serentak sebagai Setiausaha Kerja dan Komulakan UPKO Parlimen Kinabatangan pada 2009.

Anak muda berasal dari daerah Tongod itu mula bersinar apabila berjaya menduduki jawatan Ketua Komulakan UPKO Kinabatangan pada 2012.

Enam tahun kemudian, beliau bertanding sebagai Ketua Komulakan UPKO Nasional dan menang tanpa bertanding selepas lawannya dari Tuaran tidak cukup pencalonan untuk merebut jawatan nombor satu pemuda parti itu di peringkat negeri.

Setelah dua tahun memegang jawatan Ketua Komulakan, Willy Frous bagaimanapun, melepaskan jawatan pada 2019 untuk bersama Ketua Bahagian parti itu, Datuk Masiung Banah menyertai WARISAN.

Berkelulusan Master Analysis Politik dari Open Universiti Malaysia (OUM), Willy Frous, antara pelapis muda GRS berpotensi untuk diketengahkan sebagai pemimpin di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut dan Parlimen Kinabatangan.

Willy berkata, penyusunan ahli jawatankuasa pemuda Parlimen itu akan dibuat dalam masa terdekat sambil menanti senarai ahli-ahli pemuda dari parti-parti komponen GRS iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku Sabah (STAR) dan United Sabah National Organisation (USNO).

Sementara itu, Ketua Srikandi BERSATU Kinabatangan, Dayang Norhayati Titing dilantik Ketua Penyelaras Wanita GRS parlimen itu…

Jawatankuasa Penyelaras GRS Kinabatangan yang baharu disusun penubuhannya diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah sebagai Pengerusi Penyelaras melibatkan gabungan lima parti komponen di Parlimen Kinabatangan.