Mayat Remaja Ditemui Terapung Selepas Pencarian Lima Hari

Mayat Remaja Ditemui Terapung Selepas Pencarian Lima Hari

0
SHARE

KENINGAU, SABAH – Pencarian seorang remaja yang dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti bermandi-manda bersama keluarga di Kampung Baru Durok sini, petang lima hari yang lalu (Sabtu), berakhir semalam.

Mayat mangsa yang hanya dikenali sebagai Al-Sharil, 16, ditemui terapung oleh penduduk kampung daerah sebelah kira-kira 98 kilometer dibawa arus daripada lokasi asal dilaporkan hilang.

Pusat Gerakan Operasi Boma Sabah berkata Al-Sharil ditemui penduduk Kampung Labi, Beaufort pada jam 3.50 petang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Beaufort dan seterusnya diserahkan kepada pihak Polis…

“Pengesahan mayat dibuat hari ini dan operasi ditamatkan pada jam 10.51 pagi tadi,” kata jurucakap agensi.

Operasi pencarian dijalankan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort bersertakan dua unit K9, selain bantuan daripada Angkatan Pertahanan Awam dan Polis.