Senarai Calon Wanita GRS Untuk PRN17 Disampaikan Kepada Pengerusi

Senarai Calon Wanita GRS Untuk PRN17 Disampaikan Kepada Pengerusi

0
SHARE
Grs
Azizah (tengah) bersama Wanita GRS daripada tujuh komponen parti semasa Taklimat Gerak Kerja Wanita Gabungan Rakyat Sabah di sini, hari ini.

KOTA KINABALU, SABAH – Senarai Calon Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah akan datang telah disampaikan kepada Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor.

Dari kalangan 18,000 ahlinya, Ketua Wanita GRS Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata selain mahu memastikan kemenangan calon itu, mereka juga boleh membawa suara dari wanita.

“Saya yakin ada di kalangan kami ini…Itulah sebenarnya semula jadi wanita ini, ia berkasih sayang antara satu sama lain.

“Bila ada timbul kasih sayang itu ia akan bergerak dengan lebih baik, lebih mudah.

“Itulah yang istimewa kita daripada Sabah ini, walaupun banyak etnik dan agama tetapi kita boleh kebekerjasama dengan lebih baik. Keistimewaan itu kita kena jaga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Taklimat Gerak Kerja Wanita Gabungan Rakyat Sabah pada Sabtu.

Beliau berkata keahlian 18,000 Wanita GRS yang juga jentera di peringkat akar umbi mula bergerak sejak seluruh negeri Julai melalui jelajah.

“Saya yakin kawasan boleh menang ini memang ada wanita kita, tapi saya minta yang ada ini kita pertahankan dan kita tambah,” tambahnya.