TENOM, SABAH – Pasukan Bomba sini berjaya memindahkan 45 orang mangsa dari enam (6) buah kampung yang dinaiki air banjir semalam.
Jurucakap bagi Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata kampung-kampung yang terlibat adalah Kampung Tenom Lama, Vinsilon, Tumantalik, Binai, Makakumpai dan Paal.
Katanya operasi yang bermula jam 9.30 pagi itu akhirnya selesai pada jam 7 malam.
“Mangsa telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) daerah Tenom,” katanya…
Antara tempat yang dijadikan PPS di Tenom adalah SK Mandalom di mana sesi persekolahan sejumlah 112 murid terpaksa ditangguhkan atau dibuat secara dalam talian.
Dalam pada itu, di Kampung Bakalau, Beaufort, 17 orang mangsa turut menerima bantuan yang sama.
Mangsa terdiri daripada 10 orang wanita termasuk tiga (3) kanak-kanak dan seorang kanak-kanak lelaki.