Noraini Idris Dilantik Sebagai Ketua Wanita UMNO Sabah Baharu

Noraini Idris Dilantik Sebagai Ketua Wanita UMNO Sabah Baharu

0
SHARE
Noraini
Ketua Wanita UMNO Penampang, Datuk Noraini Idris (kiri) menerima watikah pelantikan daripada Ketua UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad ( Sumber Foto: Ihsan UMNO Sabah )

KOTA KINABALU: Ketua Wanita UMNO bahagian Penampang Datuk Noraini Idris, dilantik sebagai Ketua Wanita UMNO Sabah baharu bagi sesi 2023-2026

Perkara ini diumumkan oleh Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Exco Wanita UMNO Malaysia, semalam di ibu pejabat UMNO di Menara Dato Onn, semalam.

Dalam kenyataan media Wanita UMNO itu juga, turut mengumumkan pelantikan tiga pegawai utama Datuk Rosni Sohar dilantik sebagai Setiausaha, Datin Maizatul Akmam Alawi ( gambar )sebagai Bendahari dan Datuk Rosni Zahari sebagai Ketua Penerangan.

Noraini yang diamanahkan mengetuai Wanita UMNO Sabah untuk sesi 2023-2026 memulakan kerjanya dalam bidang politik apabila menyertai UMNO Sabah pada tahun 2001.

Beliau merupakan pemimpin dalam Puteri UMNO Sabah apabila dilantik sebagai Setiausaha. Kemudian dilantik sebagai Ketua Puteri UMNO Penampang.

Seterusnya, pada tahun 2004, beliau telah terpilih sebagai Exco Puteri UMNO Malaysia.

Noraini kemudiannya terpilih sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Penampang dan juga Ketua Penerangan Wanita UMNO Negeri Sabah.

Pada 9 Disember 2021, beliau telah dipilih oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah untuk menjadi Ahli Dewan Negara Malaysia.

Noraini ketika dihubungi berkata ,pelantikannya sebagai Ketua Wanita UMNO Sabah ,datang sebagai satu amanah dan tanggungjawab besar untuk dilaksanakan.

Selain itu, beliau juga turut memberitahu memerlukan sokongan dari semua pihak terutamanya pimpinan Wanita UMNO di semua peringkat khsusnya di negeri ini.

“Saya faham tanggungjawab ini bukan mudah tapi saya yakin jika adanya semangat kerja berpasukan yang tinggi dari kalangan pimpinan Wanita UMNO di semua peringkat.

“Kita akan pastikan Wanita UMNO akan kekal sebagai barisan hadapan parti yang akan memastikan kelangsungan perjuangan parti keramat ini berterusan,” katanya.