GLC Sabah Digesa Sumbang Tanah Untuk Pertingkat Penghasilan Beras Negeri

GLC Sabah Digesa Sumbang Tanah Untuk Pertingkat Penghasilan Beras Negeri

0
SHARE
Jeffrey
Jeffrey (empat kanan) bersama Madiyem (tiga kanan), Musbah (empat kiri) dan ahli-ahli lembaga pengarah Lembaga Padi dan Beras Sabah

KOTA KINABALU, SABAH – Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Sabah digesa bantu meningkatkan pengeluaran beras negeri dengan menyumbang tanah mereka untuk dijadikan sawah padi.

Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata sawah padi merupakan hanya 2 peratus (45,000 hektar) daripada dua juta hektar jumlah tanah tanaman di negeri ini.

Beliau berkata kebanyakkan tanah pengusaha sawah padi seperti di Penampang dan kawasan berkembang pesat yang lain telah bertukar menjadi zon komersial atau kediaman.

“Sebab itu kami meminta semua GLC menyumbang sebahagian daripada tanah mereka supaya tahap sara diri beras Sabah boleh mencapai sasaran 60 peratus menjelang 2023. Pada masa ini ia berada pada 20 peratus yang agak membimbangkan.

“Kami telah mengenal pasti kawasan berpotensi dan kabinet telah membuat keputusan untuk semua GLC dengan tanah memperuntukkan sehingga 5,000 hektar untuk pengeluaran makanan tidak terhad kepada padi,” katanya.

Timbalan Ketua Menteri berkata demikian pada majlis pelantikan lembaga pengarah Lembaga Padi dan Beras (LPS) Sabah pada Jumaat.

Jeffrey yang juga Pengerusi bersama Datuk Musbah Jamli sebagai Timbalan dan Prof Datuk Dr Madiyem Layapan sebagai Pengurus Besar.

Ahli Lembaga Pengarah termasuk Datuk Lawrence Gimbang, Datuk Johnny Goh, Datuk Tahir Picho, Anuar Ghani, Harry Ignatius Beatty, Zamil Ismail, Prof Dr Bonaventure Boniface, Sylvia Belinggi dan Jasnih Jali.

Jeffrey berkata mereka yang dilantik adalah berkaliber tinggi dan bersama-sama dengan kerajaan negeri dalam kemahuan pengeluaran beras dipertingkatkan.

Beliau berkata lembaga itu sedang meninjau kawasan yang bertaburan di enam daerah iaitu Kota Belud, Keningau, Kota Marudu, Tambunan, Tuaran dan Papar.

“Terdapat juga kira-kira 7,000 hektar tanah terbiar yang sesuai untuk padi di Sabah dan saya harap kita dapat memanfaatkannya secepat mungkin.

“Ia juga menjadi sasaran kami untuk menurunkan harga import dan kami hanya tinggal 6 tahun sahaja lagi. Sasaran segera kami adalah untuk mekanisasi dan memperkenalkan varieti baharu.

“Setakat ini, Sawit Kinabalu sedang mengusaha tiga tapak di Kota Marudu dan sebuah lagi di Papar,” katanya.

LPS mahu memastikan 24,013 hektar mencapai Intensiti tanaman 1.75 menjelang tahun 2030 dengan purata hasil 3 hingga 5 tan sehektar.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengurus pembangunan dan penanaman kawasan baru yang dicadangkan oleh kerajaan dan meningkatkan pendapatan petani untuk pulangan yang adil.