KM HAJIJI DIANUGERAHKAN BRIGEDIER JENERAL (KEHORMAT), DILANTIK PENAUNG JAKPAW SABAH

KM HAJIJI DIANUGERAHKAN BRIGEDIER JENERAL (KEHORMAT), DILANTIK PENAUNG JAKPAW SABAH

0
SHARE
Hajiji menerima cenderamata daripada Mohamed Khaled pada Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Tauliah Kehormat Askar Wataniah di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, hari ini...

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor telah dianugerahkan pangkat Brigedier Jeneral (Kehormat) dan dilantik sebagai Penaung Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Sabah.

Upacara Pemakaian Pangkat Pegawai Tauliah Kehormat Askar Wataniah telah dilakukan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Muhammad Harizuddeain Jantan di pejabat Ketua Menteri di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Penganugerahan pangkat tauliah kehormat Askar Wataniah kepada beliau telah diperkenankan syor Majlis Angkatan Tentera (MAT) Ke-592 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Haji Safar Untong, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham Ishak dan Panglima Pemerintah Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd. Sofi Md. Lepi.