PETALING JAYA – Maszlee Malik dilaporkan tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-layang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini.
Bekas Menteri Pendidikan ketika era Pakatan Harapan (PH) dilaporkan tewas di tangan calon Barisan Nasional (BN), Abd. Mutalip Abd. Rahim dengan jumlah 7,309 undian.
Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu hanya berada di tangga kedua dengan 4,613 undian, manakala calon Perikatan Nasional (PN), Alagenthiran Krishnan dengan 1,213 undian.