
KOTA KINABALU, SABAH – Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin menerima kunjungan hormat Duta Besar Republik Uruguay ke Malaysia, Valerie Csukasi Cabrera di Istana Seri Kinabalu, semalam.
Menurut Valerie, kunjungan tersebut bertujuan untuk menjalinkan kerjasama dalam pelbagai bidang dari segi budaya, akademik dan juga perdagangan di masa akan datang.
Tambahnya, Uruguay optimis dalam mewujudkan kerjasama dua hala dengan Sabah khususnya dari aspek pelancongan kerana kerjasama dalam bidang itu mampu memberi ruang kepada pihak mereka untuk mempelajari dan membawa masuk idea pelancongan Sabah ke negara mereka sekaligus meluaskan pengenalan mereka kepada Sabah. — JABATAN PENERANGAN SABAH