MENEROKA IDEA KOTA KINABALU DAN ACAPULCO SEBAGAI BANDAR BERSAUDARA

MENEROKA IDEA KOTA KINABALU DAN ACAPULCO SEBAGAI BANDAR BERSAUDARA

0
SHARE
Duta Mexico Edmundo Font menyampaikan kraftangan Mexico dan gambar landskap Sabah oleh jurugambar Mexico Elizabeth Solorzano kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor...

KOTA KINABALU, SABAH – Duta Mexico ke Malaysia, Edmundo Font mencadangkan menjadikan Kota Kinabalu dan Acapulco bandar bersaudara yang dapat membantu membina perdagangan hubungan antara Sabah dan Mexico.

Kedua-dua bandar adalah serupa dari segi landskap, justeru idea itu patut diterokai, katanya ketika bertemu Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu dekat sini hari ini.

Sebuah bandar pelabuhan yang terletak di pantai Pasifik Mexico, Acapulco adalah salah satu bandar tertua di Mexico dan jua merupakan destinasi pelancongan pantai.

Edumundo yang membuat lawatan pertamanya ke sebuah negeri di Malaysia sejak dilantik sebagai duta pada November tahun lepas berkata beliau datang untuk melihat potensi perniagaan dan perdagangan Sabah dengan Mexico.

Ketua Menteri memberitahu Font bahawa Sabah mengalu-alukan pelabur termasuk dari Mexico untuk datang dan berniaga…

Pada masa ini, Mexico ialah rakan dagangan kedua terbesar Malaysia di Amerika Latin selepas Brazil dengan jumlah dagangan RM5.95 bilion pada 2021.

Jumlah eksport Malaysia terutamanya minyak sawit dan produk pertanian berasaskan minyak sawit serta getah asli kepada Mexico pada 2021 ialah RM5.03 bilion.

Jumlah import dalam tempoh yang sama ialah RM920 juta terdiri daripada produk elektronik dan logam.

Edmundo juga memaklumkan Hajiji bahawa seorang saintis Mexico, Dr Milena Salgado Lynn telah menyumbang kepada kajian di Pusat Padang Danau Girang dan Kesihatan Hidupan Liar, Genetik dan Makmal Forensik di Jabatan Hidupan Liar Sabah.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sabah, Jasmine Teo dan Ketua Pegawai Eksekutif Invest Sabah, Datuk Madiyem Layapan turut hadir.