KUALA LUMPUR – “SUDAH TERANG LAGI BERSULUH”, bekas Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak mendedahkan Datuk Seri Shafie Apdal adalah Menteri yang paling kerap meminta ‘Tender Terpilih’ daripada Kementerian Kewangan semasa menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.
Bekas Perdana Menteri Malaysia itu turut menyatakan sekiranya permohonan Shafie ditolak, surat rayuan akan dikemukakan agar permintaan tersebut ditunaikan.


Memetik kenyataan melalui laman sosial Facebook miliknya, Dato’ Seri Najib berkata “semasa saya PM dan Menteri Kewangan, Menteri yang paling kerap menolak tender terbuka dan meminta tender terpilih (tender terhad) ialah Calon PM PH Plus.”
“Bila kita tolak dia, dia boleh tulis surat-surat rayuan pulak”
“Jarang ada orang tulis surat rayuan untuk ini. Takde Menteri lain seperti dia”.
“Sehingga surat-surat permohonan untuk tender terhad dan surat rayuan dia bertimbun-timbun di Kementerian Kewangan.”
“Dan sehingga dia bengang dengan kita kerana kita sering tolak permintaan-permintaan dia masa itu.
“Bila dia jadi PM-9 PH Plus, boleh lah dia luluskan permintaan tender-tender terhad dia sendiri pada masa depan seperti apa yang dia sering buat sebagai Ketua Menteri PH Plus Sabah masa kini.
“Bolehlah dia berhenti tulis surat rayuan masa itu.”

Dalam pada itu mengulas mengenai pendedahan terkini oleh bekas Perdana Menteri itu, Gerakan Anti Rasuah Malaysia (GERAM) berkata pihaknya akan membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa yang terdekat ini.
GERAM berkata “harus diingat Shafie pernah dikenakan tahanan reman pada 20 Oktober 2017 oleh pihak SPRM bagi siasatan kes penyelewengan dana awam berjumlah RM1.5 bilion dana untuk projek pembangunan luar bandar di Sabah yang disalurkan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) antara tahun 2009 hingga 2015.”

Justeru, pihak SPRM diminta bertindak tegas untuk membuka semula kertas siasatan ke atas Shafie Apdal, kerana pendedahan oleh Dato’ Seri Najib ini amat memeranjatkan dan tindakan ini amat perlu diambil kerana ianya melibatkan dana awam khususnya untuk rakyat di Sabah.
Untuk rekod sebelum ini turut kenakan tahan reman bersama Shafie ialah dua (2) orang Kontraktor kelas ‘A’ iaitu Yun Sin Kong, Peter Anthony dan beberapa individu lain termasuk tokoh politik terkenal di Sabah.