KOTA KINABALU, SABAH – Malaysian Kuwaiti Investment Co. Sdn. Bhd.(MKIC) menyerahkan RM677,118 zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 2021 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).
Menurut Pengerusi MKIC, Datuk Sri Dr Sabin Samitah, pembayaran zakat perniagaan tersebut adalah pertama kali diserahkan kepada MUIS dengan mengambil kira kebanyakan perolehan pendapatan melalui perniagaan di Sabah.
“Lazimnya, MKIC menyerahkan zakat perniagaan kepada Pusat Zakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur…
“Kami amat berharap dengan pembayaran zakat perniagaan ini dapat membantu lebih ramai asnaf yang memerlukan di negeri ini,” jelas Sabin.
Penyerahan disampaikan oleh Sabin kepada Yang di-Pertua MUIS, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin di pejabatnya, pada Selasa.
Turut hadir, Timbalan Yang DiPertua MUIS, Malai Ali Malai Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif MUIS, Ramlan Awang Ali serta Ahli Lembaga Pengarah MKIC, Datuk Dr. Mohamad Hashim Ahmad Tajudin.





