Muat Naik Gambar Berbaur Fitnah, MCMC Siasat Penama Facebook ‘Danny Lukas Jr’

Muat Naik Gambar Berbaur Fitnah, MCMC Siasat Penama Facebook ‘Danny Lukas Jr’

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah membuka satu kertas siasatan terhadap penama akaun Facebook ‘Danny Lukas Jr’ selepas beliau memuat naik gambar poster yang berbaur fitnah dan hasutan terhadap Presiden dan Parti STAR Sabah.

Kertas siasatan telah dibuka oleh IPD Kota Kinabalu di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan (mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan) dan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penyebaran berita palsu).

“Pihak MCMC juga akan bertindak memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membantu siasatan kes tersebut,” kata sumber parti.

Laporan ke MCMC itu dibuat oleh ahli jawatankuasa induk STAR Semenanjung menyusuli laporan polis yang terdahulu dibuat STAR Sabah.

“Pihak STAR Semenanjung dan seluruh kepimpinan STAR menyambut baik perkembangan ini dan menyerahkan sepenuhnya siasatan ini kepada pihak berkuasa dan berharap individu yang tidak bertanggunjawab ini dibawah ke muka pengadilan untuk tindakan selanjutnya…

“Ini bagi memastikan supaya perpaduan, keamanan dan perdamaian masyarakat yang majmuk di Malaysia terus terjaga dan terpelihara,” katanya.

Parti tersebut juga mengingatkan semua ahli dan masyarakat awam supaya tidak mudah percaya dan terpengaruh dengan sumber-sumber yang bukan keluar dari pihak parti STAR yang boleh menimbulkan ketegangan di antara masyarakat majmuk.