Mula Rekrut Remaja Jadi Ahli Parti – Dr. Joachim

Mula Rekrut Remaja Jadi Ahli Parti – Dr. Joachim

0
SHARE

RANAU, SABAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam meminta pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS) peringkat kampung untuk mula merekrut golongan remaja yang berumur 18 tahun ke atas untuk dijadikan ahli parti.

Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata ia adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada para belia dan beliawanis di bawah 30 tahun dalam arena politik…

Dr. Joachim yang juga Naib Presiden PBS berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat daripada para pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang hari ini di Wisma Kewangan sini.

Ia turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta Ketua-ketua kampung bagi Zon Bundu Tuhan, Ranau.

Antara agenda yang dibincangkan adalah mengenai pembangunan kawasan seperti pembaikan jalan kampung, dewan-dewan dan lain-lain keperluan yang mendesak.

Zon Bundu Tuhan terdiri daripada tiga kampung iaitu Kg. Sokid, Kg. Siba dan Kg. Gondohan.