Naik Tiga Kes, Angka Jangkitan COVID-19 Sabah Kekal Tinggi

Naik Tiga Kes, Angka Jangkitan COVID-19 Sabah Kekal Tinggi

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

KOTA KINABALU, SABAH – Angka jangkitan harian kekal tinggi iaitu sebanyak 163 kes, pertambahan tiga (3) kes berbanding jumlah semalam.

Menurut jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, kawasan yang berpenduduk padat khususnya di kawasan perbandaran mencatatkan jumlah jangkitan yang lebih tinggi.

“Kota Kinabalu dengan 79 kes (+19) dan Penampang 39 kes (+14) merekodkan jumlah kes baharu yang amat tinggi…

“Tiga-belas (13) daerah lagi merekodkan kes satu angka dengan sembilan (9) daripadanya mencatatkan peningkatan jangkitan harian pada kadar yang rendah.

“Putatan tidak mencatatkan sebarang kes baharu hari ini setelah merekodkan 25 jangkitan semalam, begitu juga di Beaufort (-6) dan Tawau berkurangan lima (5) kes berbanding catatan sebelum ini.

“Secara keseluruhan, sebelas (11) daerah merekodkan peningkatan kes berbanding tujuh (7) daerah yang merekodkan penurunan kes baharu,” katanya dalam rumusan harian kes.

Katanya sebanyak 62 peratus daripada kes baharu di Kota Kinabalu dan 59 peratus di Penampang adalah melalui jangkitan sporadik.

“Mereka pula akan menjangkiti ahli keluarga dan sahabat mereka yang menjadi kontak rapat dan peratusan kategori kontak rapat akan bertambah…

“Hari ini 26 daripada 79 pesakit baharu di Kota Kinabalu dan 16 daripada 39 di Penampang merupakan pesakit kontak rapat,” katanya sambil menekankan agar masyarakat lebih mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan lebih ketat.

Walau bagaimanapun, kesemua 163 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2 sahaja dan tidak memerlukan rawatan yang khusus.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (29 Jun 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu 79 (60)
Penampang 39 (25)
Papar 9 (8)
Sandakan 7 (6)
Tuaran 6 (8)
Keningau 4 (4)
Kota Belud 4 (0)
Kota Marudu 3 (1)
Sipitang 3 (2)
Kudat 2 (4)
Tambunan 2 (0)
Tawau 2 (7)
Nabawan 1 (0)
Ranau 1 (0)
Tenom 1 (0)
Beaufort 0 (6)
Beluran 0 (0)
Kalabakan 0 (0)
Kinabatangan 0 (1)
Kuala Penyu 0 (3)
Kunak 0 (0)
Lahad Datu 0 (0)
Pitas 0 (0)
Putatan 0 (25)
Semporna 0 (0)
Telupid 0 (0)
Tongod 0 (0)