Nessly Januil Dinobatkan Juara Unduk Ngadau Kaamatan UPKO Kota Belud 2023

Nessly Januil Dinobatkan Juara Unduk Ngadau Kaamatan UPKO Kota Belud 2023

0
SHARE
Unduk
Nessly (tengah) diapit oleh Marsha dan Aldyvia Christyka ( Sumber Foto: Ihsan KUSKOP)

KOTA BELUD, SABAH – Nessly Januil,19, dari Kg.Mandap dinobatkan johan Unduk Ngadau Kaamatan UPKO Kota Belud 2023 selepas menewaskan 11 peserta di peringkat akhir Pertandingan Unduk Ngadau sambutan Raya Kaamatan UPKO Kota Belud, semalam.

Dengan kemenangan itu, pelajar berusia 19 tahun itu menerima hadiah wang tunai sebanyak RM2,200 berserta trofi dan jambangan bunga.

Nessly akan mewakili Kota Belud pada pertandingan Unduk Ngadau UPKO peringkat bahagian pada 6 dan 7 Mei ini di Dewan Tun Hamdan Tamparuli.

Manakala tempat kedua pula dimenangi oleh Marsha Fabian Wong , 23, dari Kampung Baru Timbang Manggaris dan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM900 berserta trofi.

Tempat ketiga Aldyvia Christyka Jaikon,23, dari Kg.Piasau Kota Belud dan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM700 dan tropi.

Kesemua hadiah disampaikan oleh Datin Connie Parantis, isteri kepada Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada majlis Sambutan Kaamatan Raya UPKO 2023, di Dataran Skyblue Kamping Piasau, di sini.

Majlis perasmian Raya Kaamatan UPKO Kota Belud itu disempurnakan oleh Ewon yang juga Presiden UPKO, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian dan Ahli Parlimen Penampang.

Acara lain yang diadakan sempena sambutan itu ialah pertandingan Sugandoi Kaamatan dan tarik tali.