Norazlinah Kekal Setia Bersama WARISAN, Tolak Dakwaan Lompat Parti

Norazlinah Kekal Setia Bersama WARISAN, Tolak Dakwaan Lompat Parti

0
SHARE
Norazlinah
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Kunak Norazlinah Arif ( Sumber Foto: Ihsan WARISAN )

KUNAK, SABAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Kunak Norazlinah Arif menafikan sekali lagi kononnya beliau bakal meninggalkan Parti Warisan (WARISAN) dalam tempoh terdekat.

Norazlinah berkata, beliau tidak pernah menandatangani sebarang dokumen Surat Akuan Bersumpah (SD) untuk bertukar parti seperti ditular dalam sebuah portal di negeri ini.

“Ini bukan kali pertama saya menafikan benda seperti ini. Jangan percaya, perkara ini tidak betul. Saya menafikan tidak pernah menandatangai apa-apa SD bagi tujuan menukar sokongan kepada parti lain.

“Ini hanya sekadar mainan politik sekali gus sengaja menimbulkan isu yang dilihat tidak masuk akal serta hanya mengelirukan rakyat khususnya di peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Norazlinah yang juga merupakan Ketua Wanita Parti Warisan (WARISAN) berkata, ketika ini beliau bersama semua ADUN Warisan berada di belakang Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal.

“Saya akan terus menghormati mandat serta kepercayaan yang telah diberikan kepadanya pada Pilihan Raya Negeri (PRN16) lalu.

“Kita akan terus memperjuangkan menuntut hak rakyat Sabah yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963,” katanya.

Norazlinah berkata, sebagai pemimpin beliau sentiasa mengambil pendekatan untuk tidak mudah terpengaruh dengan orang lain sekaligus kekal bersama kepimpinan sedia ada.