Nurul Yanadido Raih Kemenangan Berganda

Nurul Yanadido Raih Kemenangan Berganda

0
SHARE
Nurul
Nurul (dua dari kiri) semasa menerima hadiah Johan Tati Tinandai Togingo ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Gadis dari Kota Marudu, Nurul Yanadido meraih kemenangan berganda apabila dinobatkan sebagai Johan Tati Tinandai Togingo dan Tati Topiodo.

Beliau yang menewaskan 14 finalis lain dalam Pertandingan Linundus Unduk Ngadau Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu itu membawa pulang hadiah berupa wang tunai, tiara, piala, sash dan jambangan bunga.

Hadiah tersebut disampaikan oleh Isteri kepada Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir yang juga Menteri Yang Bertanggungjawab Kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Datin Florence Malangkig di sini, pada Jumaat.

Sementara itu, naib juara Tati Tinandai Togingo pula dimenangi oleh Audreal Diane Chai Qi manakala tempat ketiga disandang oleh Locebeth Linsing.

Turut dianugerahkan pada acara tersebut ialah Anugerah Tati Tosuau menjadi milik Jovita Claire Joseph dengan membawa hadiah wang tunai, tiara, piala, sash dan jambangan bunga.

Pertama kali diperkenalkan pada pertandingan kali ini, kategori Tati Opining pula dimenangi oleh Emily Fung Yee Jen.

Hadir sama, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr. Sabin Samitah dan isteri, Adreen Aderizza Mohamad Soffi, ADUN Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari dan Pengarah Eksekutif Asian Pac Holding Berhad, Dr Raymond Yu Tat Loong. — JABATAN PENERANGAN SABAH