KOTA KINABALU, SABAH – PAS Sabah memutuskan untuk tidak meletakkan calon bagi bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang ini.
Setiausaha PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam berkata perkara terbabit telah dipersetujui dalam mesyuarat khas Perhubungan Pas Negeri Sabab (PPNS).
Menurutnya, PAS Sabah telah mengambil beberapa keputusan penting.
“Pertama, PAS Sabah tidak meletakkan calon untuk bertanding pada PRU15 di Sabah…
“Kedua, semua ahli dan penyokong PAS diarahkan membantu serta mengundi semua calon yang mewakili parti GRS-BN sebagai tanda mendokong prinsip penyatuan nasional yang digagaskan oleh PAS.