Polis Sabah Rampas 3KG Syabu Yang Dibungkus Dalam Plastik Teh Cina

Polis Sabah Rampas 3KG Syabu Yang Dibungkus Dalam Plastik Teh Cina

0
SHARE
Zaidi menunjukkan salah satu daripada tiga rampasan peket syabu yang telah dibungkus dengan plastik teh cina...

KOTA KINABALU, SABAH – Polis Sabah di sini membuat rampasan dadah terbesar tahun ini seberat tiga (3) kilogram syabu pada Khamis lalu.

Dua lelaki tempatan, seorang pengedar, 31, dan pembekal, 30, turut diberkas berhadapan kedai milik yang terdahulu di Suria Inanam.

Ketua polis daerah ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata serbuan kira-kira pukul 2.40 petang itu dibuat berikutan hasil intipan bahagian narkotik selama tempoh sebulan.

“Tangkapan dibuat sebaik sahaja transaksi dadah berlangsung. Syabu seberat 3019.25 gram dibungkus rapi dalam plastik teh cina bagi mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya.

Nilai rampasan harga dadah tersebut sekitar RM 109,925.00 dan mampu memenuhi permintaan sekurang-kurangnya 15,100 penagih dalam satu masa.

Syabu berkenaan dipercayai untuk dijual kepada pasaran gelap tempatan yang pada asalanya diperolehi dari Semenanjung Malaysia.

Kata Zaidi, kedua-dua saspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau tapi ujian air kencing mendapati salah satu daripada mereka positif dadah.

“Turut dirampas satu (1) buah kenderaan jenis Toyota Land Cruiser, satu (1) utas jam tangan berjenama dan pelbagai barang kemas seberat 383 gram kerana disyaki berkait dengan hasil dadah tersebut…

“Dianggarkan keseluruhan rampasan bernilai RM 592.778,” katanya.

Kes disasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabit kesalahan.

Kedua suspek direman TUJUH (7) hari bagi membantu siasatan.

Dalam perkembangan narkotik daerah Kota Kinabalu, Zaidi berkata setakat tahun ini 859 individu telah ditangkap atas kesalahan terbabit dengan rampasan bernilai RM 637,157.

Dadah dengan kuantiti tertinggi dalam senarai itu merupakan serbuk ekstasi (12.941 Kilogram) dengan nilai RM 43,000.