JOHOR BAHRU – Merafak sembah ucapan tahniah kepada YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim atas pernikahan baginda dengan pasangannya, Encik Dennis Muhammad Abdullah pada 14hb Ogos 2017 bersamaan 21 Zulkaedah 1438 Hijrah, di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.
Laman sosial berkenaan turut merakamkan ucapan sembah tahniah kepada Tunku Aminah dan suaminya.
Menerusi gambar yang telah dimuat naik, dapat dilihat semua keluarga Diraja menghadiri istiadat berkenaan.
Hadir sama pada majlis tersebut ialah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Upacara bersanding dijangka berlangsung jam 8 malam ini di Bilik Singgahsana, Istana Besar di Johor Bahru.