TMJ Tegur KJ

TMJ Tegur KJ

0
SHARE

PETALING JAYA – Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai TMJ menegur Khairy Jamaluddin ataupun KJ kerana gagal hadir ke perlawanan akhir Piala FA Malaysia 2017 antara Kedah dan Pahang baru-baru ini.

Perkara ini diambil serius oleh TMJ kerana KJ merupakan menteri belia dan sukan. Ketiadaan KJ ke perlawanan akhir yang penting itu menunjukkan beliau tidak menunjukkan minat dan komitmen terhadap sukan bola sepak di Malaysia ini.

Menurut TMJ, KJ yang sepatutnya hadir pada perlawanan penting itu sebaliknya dikhabarkan sibuk dengan menghadiri program Askar Wataniah di mana lebih mendapat tumpuan.

Memetik petikan TMJ yang dimuat naik di Facebook sebagai berkata “Kalau setakat mahu menjadi popular, lebih baik menjadi selebriti, bukannya memegang jawatan sebagai seorang menteri atau ahli politik,”.

“Bagi pendapat saya, beliau sepatutnya antara individu penting yang sepatutnya turut hadir menyaksikan salah satu perlawanan bersejarah ini.

“Pada saya, sekiranya program Askar Wataniah lebih menjadi keutamaan, adalah lebih baik beliau menjadi askar wataniah daripada menjadi menteri belia dan sukan,” tambah kata TMJ.

Perlawanan akhir Piala FA Malaysia 2017 yang berlangsung di Shah Alam baru-baru ini menyaksikan pasukan Kedah menjulang kejuaraan buat kali keempat dalam sejarah penganjurannya selepas menumpaskan pasukan Pahang 3-2.