Tun Mahathir Mengundang Kemarahan Para Wanita Di Malaysia

Tun Mahathir Mengundang Kemarahan Para Wanita Di Malaysia

0
SHARE

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad menimbulkan kemarahan dikalangan wanita di seluruh Malaysia kerana telah mempersendakan wanita yang memiliki susuk badan yang besar.

Walaupun Tun adalah seorang negarawan yang telah memerintah Malaysia selama 22 tahun dan dianggap sebagai ‘pemimpin veteran politik’, itu bukan satu jaminan untuk Tun sesuka hati menyindir ataupun mempersendakan wanita bertubuh besar.

https://youtu.be/rEyX-yyuxVg

Ini susulan daripada satu video ucapan Tun yang kini tular di laman media sosial.

Dalam video ucapan Tun itu, dengan nada sinis beliau juga tujukan sindiran tersebut terhadap isteri pemimpin negara yang lain terutamanya yang tidak sehaluan dengan beliau.

Ini mungkin disebabkan Tun telah terpengaruh dengan gaya pimpinan dan sikap dikalangan pemimpin pembangkang yang begitu sinonim dengan sikap yang kurang sopan ataupun kurang ajar.

Kini, rakyat Malaysia dilihat semakin meluat dan bosan dengan Tun Mahathir.