Pasukan Seri Pahlawan Muara Juara Kategori Piala TYT Sabah Sempena Perlumbaan Perahu Naga...

Pasukan Seri Pahlawan Muara Juara Kategori Piala TYT Sabah Sempena Perlumbaan Perahu Naga Kali Ke-7

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Pasukan Seri Pahlawan Muara muncul juara kategori  Piala Tuan Yang Terutama Sabah sempena Perlumbaan Perahu Naga Kali Ke-7, pada Ahad.

Pasukan tersebut menewaskan tujuh pasukan lain dengan catatan masa 3:34.51 disusuli tempat kedua, pasukan Laksamana Sinampuan Sarawak dan ketiga, pasukan Al Haddad Maritime (Sandakan) A dengan catatan masa masing-masing 3:34.98 dan 3:35.91.

Manakala, kategori Piala Ketua Menteri Sabah 800m pula dimenangi pasukan Ulmala Dragon Boat Team A, tempat kedua Asuk Hill Dragon Boat Team A dan tempat ketiga RMP Paddlers A (Royal Malaysia Police Paddlers).

Perlumbaan yang diadakan di Teluk Likas itu dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan mempertandingkan lapan kategori utama iaitu Piala Tuan Yang Terutama Sabah (800m), Piala Ketua Menteri Sabah (800m), Piala Sabah FCAS Dragon (800m), Piala FCAS (800m), Piala Kinabalu Dragon (800m), Berkumpulan Lelaki Terbuka (200m), Berkumpulan Campuran Terbuka (200m) dan Piala Presiden Hua Zong (800m).

Lebih 130 pasukan menyertai perlumbaan itu termasuk dari Sarawak, Semenanjung Malaysia, Filipina dan Brunei Darussalam.

Pada majlis tersebut, Hajiji turut menyampaikan sumbangan kerajaan negeri berjumlah RM 250 ribu kepada Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS)…

Turut hadir, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Isnin Aliasni, Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan, Hendrus Anding dan Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu, Huang Shi Fang.