Pejabat PBNS Tawau Kini Beroperasi

Pejabat PBNS Tawau Kini Beroperasi

0
SHARE
Pbns
Arifin menandatangani plak sambil diperhatikan Hassan (kiri), Omar Raisul dan Malai Ali ( Sumber Foto: Ihsan PBNS )

TAWAU, SABAH – Pejabat Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) Cawangan Tawau kini mula beroperasi.

Terletak di Tingkat 4 Bangunan MARA Tawau, pejabat PBNS yang kedua di negeri ini dijangka dapat memberi manfaat kepada lebih 300 ribu umat Islam di daerah yang berhampiran khususnya berkaitan perkhidmatan yang disediakan seperti menerima bayaran fidyah, kaffarah, wang tidak patuh syariah, sedekah, wasiat, hibah dan harta pusaka.

Selain itu, umat Islam juga boleh mendapat penerangan secara terus mengenai bantuan-bantuan yang disediakan oleh PBNS.

Majlis perasmian pejabat tersebut disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Arif yang juga Exco Pendidikan dan Hal Ehwal Agama Islam.

Beliau diiringi ADUN Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, ADUN Sebatik, Hassan A. Ghani Pg. Amir, Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui dan Timbalan Yang DiPertua Majlis Ugama Islam Muis (MUIS), Malai Ali Malai Ahmad.

Hadir sama, Pengerusi PBNS, Datuk Dr Omar Raisul As-Salam Syah Sulaiman Omar dan Timbalannya, Ag. Syairin Ag. Bakar, Ahli Lembaga Pengarah PBNS, Maarof Abd Wahid dan Suzumaidah Hussain. — JABATAN PENERANGAN SABAH