Pelajar Sekolah Dipelawa Sertai Pertandingan Pidato Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah

Pelajar Sekolah Dipelawa Sertai Pertandingan Pidato Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Para murid dipelawa untuk menyertai Pertandingan Pidato Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah yang dibuka sehingga 16 Ogos 2022.

Setiausaha Tugas-Tugas Khas Sapdin Ibrahim, berkata terdapat tiga kategori dipertandingkan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan 2022 iaitu kategori sekolah rendah, menengah dan pusat tingkatan enam.

“Johan kategori sekolah rendah akan mendapat RM500, sijil dan piala manakala johan kategori menengah bakal menerima RM700, sijil serta piala…

“Bagi pemenang tempat pertama kategori pusat tingkatan enam akan membawa pulang RM800, sijil dan piala manakala pemidato terbaik bagi keseluruhan pertandingan akan merangkul wang tunai tambahan sebanyak RM300,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Pidato Kebangsaan 2022 di Menara Kinabalu.

Pertandingan bertemakan “Keluarga Malaysia Teguh Bersama” itu dibuka mulai 25 Julai lepas dan sesi penjurian pertandingan akhir pidato adalah pada 6 September depan.

Bagi yang berminat menyertai pertandingan ataupun mendapatkan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Maludin Idris di talian 0148534491.