KOTA KINABALU, SABAH – Seorang murid Darjah 4 di SK Taman Rimba Sandakan meninggal dunia akibat disyaki keracunan makanan semalam.
Mifzal Anaqi Rizal, 10, difahamkan dilatih di bawah akademi bola sepak sekolah itu.
Dalam catatan Facebook, akademi itu berkata Mifzal pernah mewakili akademi itu dalam kategori bawah 10 tahun.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Alias Sani berkata beliau akan mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa sama ada kematian Mifzal disebabkan makanan tercemar atau kekurangan air bersih di Sandakan.
Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah merekodkan sebanyak 103 kes keracunan makanan membabitkan pelajar SK Pulau Gaya sejak Isnin (22 Julai) lalu.
Murid yang terjejas, berumur antara enam dan 12 tahun, mengalami simptom termasuk muntah, cirit-birit dan sakit perut.
Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr. Asits Sannaberkata lapan kes memerlukan kemasukan ke hospital, manakala 95 dirawat sebagai pesakit luar.
“Semua kes dilaporkan berada dalam keadaan stabil, tanpa kematian.
“Siasatan awal menunjukkan pelajar terbabit makan nasi lemak kira-kira jam 9.50 pagi Isnin.
“Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan,” katanya dalam sebuah kenyataan.






