KOTA KINABALU, SABAH – Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) menyelar sikap pembangkang yang berusaha mengelirukan rakyat berikutan SOP MKN yang dikeluarkan semalam.
Menurut Ketua Pemuda Jamain Sarudin, sikap seperti itu menggambarkan kecetekan pemikiran wakil rakyat Pembangkang.
Sebelum SOP MKN ini dikeluarkan, Sabah berpegang pada Kenyataan Ketua Menteri, Dan membuka peluang peniaga khususnya Restoran Dan cafe membuka Balik perniagaan secara ‘dine-in’.
Bagaimanapun, SOP MKN tidak menyebutkan ‘dine-in’ dibenarkan, menyebabkan orang awam terkeliru.
Begitupun kenyataan ringkas Masidi telah menjernihkan keadaan dengan mengatakan Dine-in tidak dilarang.
Sementara itu, SOP MKN di Semenanjung mencatatkan tidak membenarkan ‘dine-in’ secara jelas.
“Mengambil kira kenyataan CM pada 28 Jun sudah memaklumkan keputusan Kerajaan Negeri membenarkan ‘dine-in’, ianya terpakai selagi belum ada kenyataan CM berkaitan hal yang sama,” tambah Jamain lagi
Menurut beliau, ini adalah bukti Kerajaan Sabah mempunyai kuasa Autonomi, serta menifestasi dari kenyataan Perdana Menteri di Sarawak awal tahun ini bahawa Sabah adalah sebuah Wilayah.
Beliau turut kesal apabila Pembangkang di Sabah mengambil kesempatan untuk tambah mengelirukan rakyat. Ianya sangat tidak bertanggungjawab.
“Adalah sepatutnya Wakil Pembangkang menyanjungi ketegasan Sabah dalam mempertahankan kenyataan Ketua Menteri pada 28 Jun yang lepas Dan tidak menarik Balik kenyataan tersebut,” ujar beliau.