KOTA KINABALU, SABAH – Penduduk Sabah boleh bertenang berkenaan isu ‘dine-in’ selepas Kerajaan Negeri mengumumkan Sabah tetap dengan pendirian untuk kekalkan ‘dine-in’ di negeri ini.
Satu kenyataan dari Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor hari ini berkata keputusan membenarkan ‘dine-in’ di dalam restoran, kedai makan dan restoran dalam premis hotel di negeri ini terus dibenarkan.
Hajiji berkata arahan untuk membenarkan aktiviti itu dikuatkuasakan Kerajaan Negeri pada 29 Jun lalu, berikutan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara – Fasa 1 masih berkuatkuasa.
“Ini pendirian kita,” kata Hajiji.
