Makan Tempe Kurangkan Risiko Jangkitan COVID-19 – Pakar Makanan Indonesia

Makan Tempe Kurangkan Risiko Jangkitan COVID-19 – Pakar Makanan Indonesia

0
SHARE

JAKARTA, INDONESIA – Pengambilan tempe sebagai makanan harian adalah satu cara untuk meningkatkan sistem imunisasi badan seseorang individu yang mana turut dapat mengurangkan risiko jangkitan wabak COVID-19, demikian menurut seorang Pakar Teknologi Makanan daripada Indonesia.

Memetik laporan portal berita tempatan Detik.com, Dr. Driando Ahnan-Winarno iaitu Pakar Teknologi Makanan di negara itu berkata, makanan yang kaya dengan serat, antioksida  dan lemak tidak tepu dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan manusia yang mana semua khasiat ini ada pada tempe.

“Bagaimanapun, saya ingin menekankan di sini bahawa tempe bukanlah ubat kepada virus Covid-19, sebaliknya ia dapat menjadi sebahagian daripada diet sihat untuk memperkuat sistem imunisasi tubuh…

“Ini seterusnya berpotensi untuk mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 yang kronik dan meninggalkan kesan yang berkekalan,” jelasnya.

Driando turut berkata bahawa cara memasak tempe yang betul perlu diikuti bagi mengekalkan khasiatnya kerana komponen antioksidanya amat sensitif.

“Bagi mengekalkan nutrisinya, tempe boleh dimakan secara mentah, namun ia perlulah dibasuh dengan bersih…

“Selain itu, tempe juga boleh dimakan secara kukus,” tambahnya lagi.