PEMULIH Melalui MOTAC Bantu Usahawan Kraf Sabah

PEMULIH Melalui MOTAC Bantu Usahawan Kraf Sabah

0
SHARE

TUARAN, SABAH – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui Kraftangan Malaysia mengadakan penyerahan insentif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) Industri Kraf sempena lawatan rasmi oleh Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya bertempat di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah.

Lawatan di Tuaran pagi tadi turut dihadiri, Ainu Sham Haji Ramli, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia.

Nancy berkata kerajaan melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sentiasa berusaha memulihkan semula ekonomi negara yang terjejas akibat penularan wabak pandemik COVID-19 terutamanya melibatkan usahawan serta penggiat industri seni dan budaya.

“MOTAC melalui Kraftangan Malaysia menyalurkan Insentif PEMULIH Industri Kraf yang berupa bantuan kewangan berjumlah RM1,500 yang bertujuan mengukuhkan perniagaan usahawan kraf yang terkesan akibat COVID-19 dan merancakkan semula industri kraf negara.

“Inisiatif ini telah bermula pada April 2022 dan akan memberi manfaat kepada 6,000 orang usahawan kraf.

“Bagi Negeri Sabah, seramai 2,025 orang usahawan kraf menerima insentif ini dan seramai sepuluh (10) orang wakil usahawan hadir menerima pemberian insentif pada hari ini,” katanya.

Tambahnya, MOTAC sentiasa menyokong perusahaan kraf yang dijalankan serta penglibatan usahawan dan komuniti kraf dalam industri agar terus cemerlang.