GRS TIDAK MENOLAK KEMUNGKINAN BEKERJASAMA DENGAN BN

GRS TIDAK MENOLAK KEMUNGKINAN BEKERJASAMA DENGAN BN

0
SHARE

PAPAR, SABAH – Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak menolak kemungkinan untuk terus bekerjasama dengan rakan sekutu, Barisan Nasional (BN), yang membentuk kerajaan negeri Sabah buat masa ini.

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan walaubagaimanapun berkata GRS tidak akan menghadkan diri kepada pilihan itu.

Katanya GRS sedang mencuba untuk mengelak daripada bertindih kawasan menjelang PRU-15 tetapi turut bersedia jika terpaksa berhadapan dengan BN.

“Banyak pilihan kami. Jika satu tidak berkenaan kami akan pilih yang lain…

“Politik ini seperti cecair. Kami sedang memerhatikan politik di Semenanjung. Jika di sana semua berebut, jadi tidak mustahil sini juga sedemikian.

“STAR mahu bertanding untuk kesemua 25 kerusi parlimen jika boleh tetapi oleh kerana kita berada dalam satu gabungan kita harus pandai berbelah bahagi. Namun jika kita dapat kita akan pastikan untuk menang,” katanya dalam sidang media di sini pada Khamis.

Umno Sabah sebelum ini berkata sedang menyasarkan sekurang-kurangnya 14 kerusi. Ini bermakna tinggal 11 kerusi untuk dibahagikan antara lima parti dalam GRS dan komponen BN itu sendiri, menurut Ketuanya, Datuk Seri Bung Moktar Radin.