
KENINGAU, SABAH – Seorang penagih syabu yang memecah masuk rumah di Taman MDK 2 sini sempat terjatuh dari bumbung sebelum ditahan pihak penguatkuasa.
Tindakan segera Unit MPV dan Jabatan siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau dengan bantuan orang awam telah berjaya menangkap suspek dalam kejadian 9 malam semalam.
Ketua Polis Daerah Keningau, DSP Nor Rafidah Kasim bagaimanapun berkata, hasil pemeriksaan fizikal suspek tidak mempunyai kecederaan yang serius.
“Pemeriksaan polis terhadap badan dan beg pinggang suspek menjumpai barang-barang milik tuan rumah tersebut…
“Saringan air kencing telah dijalankan mendapati positif dadah jenis methamphetamine (syabu),” katanya sambil menambah Ies disiasat dibawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Menurutnya, suspek lelaki tempatan itu mempunyai dua rekod jenayah berkaitan dadah dan satu lagi berkait pecah rumah.
“Suspek telah direman selama empat hari untuk siasatan lanjut,” katanya.
Rafidah turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang membantu sehingga tertangkapnya suspek ini dan terus menyeru masyarakat, khususnya di daerah Keningau, agar sentiasa menyalurkan maklumat jenayah kepada pihak Polis.
“Polis dan masyarakat berpisah tiada,” tambahnya.