Peningkatan 51 Kes, Lebih Separuh Dari Sandakan

Peningkatan 51 Kes, Lebih Separuh Dari Sandakan

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah merekodkan peningkatan kes harian yang agak tinggi iaitu sebanyak 265 kes, pertambahan 51 kes berbanding semalam.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, peningkatan kadar positiviti daripada 9.64 peratus kelmarin kepada 11.28 peratus hari ini bermakna lebih banyak kes positif Covid diperolehi daripada sampel ujian walaupun jumlah sampel kurang daripada jumlah semalam.

“Jumlah sampel ujian hari ini ialah 2,864 berbanding 2,906 semalam…

“Lapan (8) daerah merekodkan kes dua angka, Kota Kinabalu 75 kes (+11), Sandakan 36 kes (+28), Penampang 25 kes (+14), Lahad Datu 24 kes (+15), Putatan 20 kes (+ 11), Tawau 12 kes (-20), Tuaran 11 kes (-11) dan Papar 10 kes (+7).

“Empat (4) daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu,” katanya dalam rumusan harian kes.

Terdapat dua (2) kes dalam Kategori 4 dan satu (1) kes dalam Kategori 5 hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (24 Ogos 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu 75 (64)
Sandakan 36 (8)
Penampang 25 (11)
Lahad Datu 24 (9)
Putatan 20 (9)
Tawau 12 (32)
Tuaran 11 (22)
Papar 10 (3)
Kinabatangan 8 (0)
Kota Belud 8 (7)
Keningau 7 (7)
Kota Marudu 6 (2)
Beaufort 3 (5)
Kuala Penyu 3 (6)
Tongod 3 (0)
Beluran 2 (1)
Kudat 2 (1)
Kunak 2 (4)
Nabawan 2 (5)
Ranau 2 (7)
Tenom 2 (3)
Pitas 1 (0)
Semporna 1 (0)
Kalabakan 0 (0)
Sipitang 0 (5)
Tambunan 0 (1)
Telupid 0 (2)