Penjawat Awam Dapat BKK Aidilfitri RM500 Jumaat Ini

Penjawat Awam Dapat BKK Aidilfitri RM500 Jumaat Ini

0
SHARE

PUTRAJAYA – Penjawat awam Gred 56 ke bawah bakal mendapat Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 yang akan dibayar pada Jumaat ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata kerajaan juga bersetuju menyalurkan BKK Aidilfitri kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.

“Jadi hari ini, bersamaan 21 Ramadan 1445, saya umumkan, kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak…

“Sebanyak RM250 BKK Aidilfitri kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen, insya-Allah saya sudah maklumkan kepada Perbendaharaan supaya BKK Aidilfitri disalurkan mulai Jumaat ini, 5 April 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di PUSPANITAPURI, hari ini.