Peralihan Ke Fasa Endemik Beri Kesan Positif Pulihkan Ekonomi – Bung

Peralihan Ke Fasa Endemik Beri Kesan Positif Pulihkan Ekonomi – Bung

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Fasa Peralihan ke Endemik dan pembukaan semula sempadan antarabangsa jelas memberi kesan baik kepada ekonomi negara berbanding fasa pandemik dua tahun yang lepas.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, kuasa jual beli semakin menunjukkan peningkatan dimana jika diperhatikan pasar raya, pusat beli belah termasuk bazar-bazar ramadahan mula dikunjungi oleh orang ramai.

“Rakyat mula keluar untuk urusan menjalankan pernigaaan dan membeli belah…

“Begitu juga apabila sempadan negara mula dibuka, ekonomi antarabangsa sedikit sebanyak mula meingkat,” katanya selepas membuat tinjuan di Bazar Ramadhan Asia City dekat sini kelmarin.

SOKONG…Bung ketika membeli juadah berbuka di salah sebuah gerai bazar ramadhan di Asia City Kota Kinabalu semasa tinjuan tersebut…

Menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya, peralihan ke fasa endemik yang bermula 1 April lepas menjadi permulaan baharu untuk rakyat Malaysia membebaskan diri setelah dua tahun berperang dengan penularan pandemik COVID-19.

Katanya, peralihan fasa tersebut adalah strategi yang membolehkan rakyat dapat menjalani kehidupan hampir normal…

Tindakan itu, katanya, merupakan petanda positif bagi kerajaan memberi peluang kepada rakyat untuk memulihkan ekonomi mereka yang terjejas sebelum ini.

Dalam pada itu Bung yang juga Ketua Umno Sabah turut mengingatkan rakyat supaya tidak leka dan patuh cara hidup baharu yang ditetapkan kerajaan menjelang negara bakal ‘berdamai’ dengan COVID-19.

Dalam perkembangan yang sama, Bung juga berkata pergerakan keluar masuk (sektor pelancongan) masih lagi terhad walaupun kedatangan pelancong banyak memberi kesan kepada ekonomi negara seperti membeli-belah, pengangkutan dan hotel.

“Dari segi pelancong domestik, ia dilihat meningkat kerana rakyat kita mula melancong dalam negara dan kita yakin ini akan berterusan,” tambahnya.

Turut serta dalam tinjuan tersebut Setiausaha Politik Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar, Mohd Kurniawan Naim Moktar.