Perang Minyak Lumpuhkan Baja, Jejas Bekalan Makanan Global

Perang Minyak Lumpuhkan Baja, Jejas Bekalan Makanan Global

0
SHARE

Gangguan bekalan baja akibat konflik Timur Tengah mengancam pengeluaran makanan global serta mendorong kenaikan harga.

Penutupan Selat Hormuz oleh Iran menjejaskan laluan utama, dengan sekitar satu pertiga bekalan baja dunia melalui kawasan itu.

Timbalan Ketua Pengarah WTO, Jean-Marie Paugam berkata, kekurangan baja akan mengurangkan hasil tuaian dan meningkatkan harga.

“Jika tiada baja, kuantiti dan harga hasil akan terjejas, malah kesannya berlanjutan ke musim berikutnya,” katanya kepada AFP.

Konflik turut menjejaskan pengeluaran di rantau Teluk, sumber utama baja berasaskan gas asli, dengan beberapa loji dihentikan operasi.

Negara seperti India, Thailand dan Brazil yang bergantung kepada import baja kini berdepan risiko, terutama menjelang musim penanaman.

Paugam memberi amaran gangguan berpanjangan boleh memberi kesan besar kepada bekalan makanan global, khususnya negara pengimport.