Pengarah Baharu Tourism Malaysia Sabah Bertemu Ketua Menteri

Pengarah Baharu Tourism Malaysia Sabah Bertemu Ketua Menteri

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Santhara Kumar bertemu dengan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor untuk memperkenalkan Pengarah baharu Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) Sabah, Ednie Rahma Ab Rahim.

Ednie telah mengambil alih tugasan daripada Mohd Faharuddin Hatmin.

Dalam pertemuan itu, Dr Santhara yang merupakan ahli parlimen Segamat turut memberi taklimat kepada Ketua Menteri situasi semasa pelancongan negara berhubung dengan Sabah.