Kes Baharu COVID-19 Sabah Menurun Selepas Perayaan Kaamatan

Kes Baharu COVID-19 Sabah Menurun Selepas Perayaan Kaamatan

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah jangkitan baharu terus menurun kepada 28 kes sahaja hari ini iaitu pengurangan 8 kes berbanding jumlah semalam.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata sebanyak 5 daerah merekodkan penurunan kes berbanding 4 daerah yang merekodkan jangkitan baharu.

“Perubahan angka jangkitan di daerah yang terlibat adalah marginal kecuali Kota Kinabalu yang susut 8 kes kepada 13 kes…

“Sebanyak 18 daerah tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu,” katanya dalam rumusan harian kes.

Lapan (8) daerah merekodkan jangkitan baharu satu angka dalam 1 hingga 3 kes sahaja.

Menurut Masidi, Kota Kinabalu adalah satu-satunya daerah yang mencatatkan jangkitan baharu dua angka dengan 13 kes.

Dalam pada itu, kesemua 28 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2 dan tidak memerlukan rawatan khusus.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (01 Jun 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu 13 (21)
Penampang 3 (6)
Beaufort 2 (0)
Papar 2 (1)
Putatan 2 (1)
Sandakan 2 (0)
Tuaran 2 (2)
Sipitang 1 (1)
Tawau 1 (2)
Beluran 0 (0)
Kalabakan 0 (0)
Keningau 0 (0)
Kinabatangan 0 (0)
Kota Belud 0 (0)
Kota Marudu 0 (0)
Kuala Penyu 0 (1)
Kudat 0 (0)
Kunak 0 (0)
Lahad Datu 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Pitas 0 (0)
Ranau 0 (1)
Semporna 0 (0)
Tambunan 0 (0)
Telupid 0 (0)
Tenom 0 (0)
Tongod 0 (0)