Bunkface Tampil Dengan Single Baharu ‘Hilang’

Bunkface Tampil Dengan Single Baharu ‘Hilang’

0
SHARE
Bunkface
Kumpulan Bunkface

KUALA LUMPUR – Kumpulan sensasi punk rock Malaysia, Bunkface, bersedia untuk memukau penonton sekali lagi dengan penerbitan single terbaru mereka, ‘Hilang’, yang telah dilancarkan pada 9 Februari ini.

Lagu tersebut akan tersedia di semua platform streaming digital utama.

Setelah kejayaan lagu-lagu hit terdahulu mereka, Bunkface kembali dengan ‘Hilang’, single keempat dari album terbaru mereka yang dijadualkan untuk dikeluarkan pada tahun ini.

Kredit komposisi untuk “Hilang” adalah milik Sam, Youk, Paan, Biak, Epul, dan Ajam, dengan Sam mengambil alih penerbitan lirik.