Agong ‘Greenlight’ Speaker Gantung 14 Hari MP Yang Melampaui Batas

Agong ‘Greenlight’ Speaker Gantung 14 Hari MP Yang Melampaui Batas

0
SHARE
Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong ke-17

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memberi kebenaran kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Yang Dipertua Dewan Negara untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli yang melampaui batas, termasuk mengenakan sekatan daripada menyertai persidangan Parlimen selama 14 hari.

Baginda turut mengingatkan semua Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara supaya mempamerkan teladan yang baik sepanjang persidangan selain menitahkan semua ahli Parlimen dan Dewan Negara supaya menjaga adab dan tatatertib serta menggunakan pertuturan yang sopan. 

“Saya mahu ingatkan, Parlimen ini adalah tempat untuk penggubal undang-undang berhimpun untuk membuat peraturan dan Yang Berhormat (YB) semua adalah penggubalnya.

“Adalah tidak masuk akal jika penggubal itu sendiri gagal untuk mematuhi peraturan yang dibuat. Justeru, saya harap semua ahli akan menunjukkan contoh teladan yang baik apabila berada di Dewan ini.

“Oleh yang demikian, saya harap semua ahli dewan akan tunjukkan contoh teladan yang baik apabila berada di dewan yang mulia ini. Jaga adab dan tatatertib serta gunakan tutur kata yang sopan, bukannya memaki hamun orang lain. 

“Kalau tengok perangai ahli dewan sebelum ini, saya pun rasa malu hendak masuk ke dewan ini,” titah baginda ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15, hari ini.

Turut berangkat ke isitiadat itu, Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.