‘Viral’ Padah Semua Pun Mahu Gambar, Wanita Jatuh, Makanan Tumpah

‘Viral’ Padah Semua Pun Mahu Gambar, Wanita Jatuh, Makanan Tumpah

0
SHARE
Tangkap layar video rakaman Facebook

VIDEO VIRAL: Tindakan seorang wanita yang mahu menangkap gambar semua makanan berhujung malang apabila wania itu jatuh dan menyebabkan makanan jadi tumpah.

Dalam video yang tular di laman Facebook berdurasi 1 minit 41 saat itu memaparkan seorang wanita bersama rakan-rakan lainnya hendak menjamu selera, namun tertunda akibat menunggu wanita itu siap menangkap gambar makanan.

Namun, semasa wanita itu masih sibuk mahu menangkap gambar hingga berdiri atas kerusi, dia tiba-tiba jatuh, kakinya melanggar meja makan yang seterusnya menyebabkan beberapa makanan atas meja tumpah. 

Agak-agaknya apa perasaan rakan-rakan wanita yang mahu makan tapi melihat situasi makanan tumpah pula, dan apa pula perasaan wanita yang menyebabkan kejadian makanan tumpah itu.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen menyalahkan dan mentertawakan tindakan wanita itu dengan mengatakan ‘padan muka’.

“Padan muka kau baru tahu rasa,” komen Mak Lang, “orang pempuan tak heran,” komen Kucing Parsih.