1,143 Graduan GIATMARA Terima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

1,143 Graduan GIATMARA Terima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Malaysia, Datuk Jabar Azman Jaafar berkata seramai 1,143 graduan GIATMARA menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Tambah beliau, jumlah graduan di Sabah yang berjaya menamatkan latihan dan menerima Sijil Profesional GIATMARA dalam tempoh 2019 hingga 2021 adalah seramai  4,221.

“Daripada jumlah tersebut, 1,143 hadir menerima Sijil Profesional GIATMARA pada majlis yang diadakan dua sesi pagi dan petang pada 5 hingga 6 Oktober…

“Pada setiap sesi, 340 graduan  menerima sijil manakala yang tidak hadir adalah kerana berada di luar kawasan dan sudah bekerja,” katanya pada Majlis Graduasi GIATMARA 2022 Sabah di di Dewan Sa’adah, Wisma Muis, pada Rabu.

Beliau turut menyatakan GIATMARA Negeri Sabah mengadakan Karnival Usahawan dan Kerjaya dengan kerjasama PERKESO serta Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Sabah pada 4 hingga 6 Oktober.

Karnival tersebut menawarkan lebih 1,000 peluang pekerjaan daripada 30 agensi swasta dan kerajaan melalui temuduga terbuka kepada para pencari pekerjaan khususnya dalam bidang Technical Education & Vocational Training (TVET).

Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sektor Kewangan dan Pembangunan, Mohammad Sadzilan Mohd Saad; Pengarah Mara Negeri Sabah, Dr. Shahrizin Abdul Sarhadat; Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Kerjaya dan  Industri GIATMARA Malaysia, Nurul Azimah Mohd Ani dan Pengarah GIATMARA Negeri Sabah, Azizzudin Abdul Aziz.