COVID-19: KES SEMBUH TERTINGGI HARI INI SEBANYAK 1,000 ORANG, SABAH MASIH TERTINGGI...

COVID-19: KES SEMBUH TERTINGGI HARI INI SEBANYAK 1,000 ORANG, SABAH MASIH TERTINGGI DENGAN 529 DARIPADA 659 KES HARI INI

0
SHARE
Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia setakat 31 Oktober 2020...(Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM)

KUALA LUMPUR – Angka kes sembuh menunjukkan peningkatan yang baik dan tertinggi setakat ini apabila merekodkan sebanyak 1,000 KES pesakit telah sembuh hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 21,248 kes (67.35%).

Namun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kes positif yang dicatatkan hari ini juga masih tinggi dengan 659 KES.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 31,548 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 10,051 kes.

DARIPADA 659 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, terdapat satu (1) KES IMPORT dilaporkan dan SEMUA 658 KES MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Menurut laporan itu juga, berlaku pengurangan sebanyak 83 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 19 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

KKM turut maklumkan TIADA kes kematian direkodkan hari ini dan ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah kekal sebanyak 249 kes (0.79%).

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;

Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana SABAH masih mencatat kes tertinggi hari ini (31 Okt) sebanyak 529 KES daripada keseluruhan 659 KES harian hari ini…(Sumber Foto: MyHealth, KKM)