KM HAJIJI TERIMA KUNJUNGAN PESURUHJAYA TINGGI KANADA

KM HAJIJI TERIMA KUNJUNGAN PESURUHJAYA TINGGI KANADA

0
SHARE
Hajiji
Hajiji (kanan) bersama Wayne (kiri) semasa menerima kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima
kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Wayne Robson di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Selasa.

Dalam kunjungan tersebut, kedua-dua pihak mengadakan perbincangan berkiatan pelancongan, pendidikan, peluang pelaburan dan lawatan Kapal Tentera Laut Diraja Kadana (Royal Canadian Navy’s) HMCS Ottawa ke Kota Kinabalu.

Hajiji mengalu-alukan pelabur dari Kanada untuk meneroka peluang baharu dan kerjasama bersama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta di Sabah dalam beberapa sektor ekonomi berkaitan.

Katanya, Sabah yang kaya dengan pelbagai sumber asli berharap lebih ramai pelabur asing akan melabur di negeri ini dalam pelbagai sektor industri.