CUBAAN GULINGKAN KERAJAAN GRS-BN DI SABAH TIDAK AKAN DILAYAN OLEH KERAJAAN PERPADUAN

CUBAAN GULINGKAN KERAJAAN GRS-BN DI SABAH TIDAK AKAN DILAYAN OLEH KERAJAAN PERPADUAN

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) – Barisan Nasional (BN) akan kekal sebagai Kerajaan Negeri Sabah.

Akhbar Harian Ekspress mendedahkan perkata itu dalam laporan hari ini (25 Nov) melalui seorang pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH).

“Kerajaan Persekutuan PH (Kerajaan Perpaduan) tidak akan melayan sebarang percubaan untuk menggulingkan kerajaan GRS-UMNO/BN Sabah,” katanya.

Ia berkata ianya berikutan keputusan kerajaan itu menerima cadangan kerajaan perpaduan oleh YDP Agong yang membantu menamatkan kebuntuan dalam membentuk kerajaan baharu.

“PH telah memberi jaminan bahawa sebarang percubaan untuk menggulingkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji tidak akan dilayan atau disokong oleh mana-mana ADUN di Sabah,” kata sumber itu.

Beliau berkata pempimpin PH Pusat telah menghantar dua utusan – Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin dan Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick untuk bertemu Hajiji pada Rabu lepas untuk menjemput GRS menjadi sebahagian daripada kerajaan perpaduan di peringkat Persekutuan.